Pemberi Rasuah
Mesti Diperangi
Apakah masyarakat tahu bahawa perbuatan memberi rasuah adalah satu jenayah.
Kesalahan pemberi adalah sama dengan penerima dan jika disabitkan, seseorang
itu berhadapan hukuman berat termasuk penjara dan denda. Rupa-rupanya ada juga
antara kita tidak mengetahui bahawa memberi rasuah itu suatu kesalahan jenayah.
Ada juga pandangan segelintir masyarakat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah saja. Selama
ini, masyarakat awam seolah-olah melupakan pihak yang memberi rasuah juga sama
jijiknya di sisi undang-undang dan moral. Seperti kata pepatah ‘bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Jika tiada pemberi, tiadalah penerimanya.
Penulis ingin mengingatkan bahawa Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 jelas memperuntukkan perbuatan memberi suapan rasuah adalah
kesalahan serius. Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 menetapkan perbuatan memberi
atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.
Mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, memberi atau menawarkan rasuah adalah
kesalahan yang boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu
menerima rasuah, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima
kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih
tinggi.
SPRM juga sudah melancarkan kempen membanteras rasuah yang turut memberi
tumpuan kepada pemberi sogokan berbanding fokus utama kepada penerima sebelum
ini yang kebanyakannya membabitkan penjawat awam.
Kita perlu ingat bahawa penerimaan hadiah boleh bertukar menjadi rasuah jika
dalam proses pemberian berkenaan ada unsur ‘niat jahat’ untuk mendapatkan
sesuatu balasan daripada penerima sebagai pelaburan untuk mendapat sesuatu pada
masa akan datang.
Sesuatu pemberian atau penerimaan yang mempunyai ciri ‘niat jahat’ boleh
dikesan dan dinilai dalam keadaan yang luar biasa dan tidak munasabah. Pemberi
perlu ingat bahawa perbuatan memberi ini amat berbahaya kerana penerima boleh
menyimpan bukti yang mencukupi untuk digunakan pada masa depan. Penerima jika
berasa terancam juga akan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat laporan
kepada SPRM serta-merta. Apabila sesuatu membabitkan wang ringgit, ‘kawan’ yang
pernah tidur sebantal pun tidak dipedulikan.
Dari sudut agama pula, perbuatan mereka ini dimurkai Allah SWT dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.”

Penulis juga ingin mengingatkan bahawa kita perlu berbalik kepada soal
moral dan integriti. Jika ditahan kerana melakukan kesalahan, kita perlu bersedia
untuk membayar kompaun atau pergi ke mahkamah, jangan beri rasuah. Cuba elak
daripada melakukan kesalahan supaya kita tidak terjebak dalam amalan yang tidak
baik ini.
Pada pihak penjawat awam, kempen kesedaran berhubung kewajipan melaporkan apa juga
sogokan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 akan ditekankan dalam kempen
menerusi media massa. Seksyen ini menghendaki setiap cubaan sogokan wajib
dilaporkan kepada SPRM atau polis serta-merta.
Namun begitu, kajian ahli kriminologi menjelaskan bahawa rasuah adalah jenayah tertua dunia sebaris dengan pelacuran. Daripada sepuluh kes rasuah yang berlaku hanya satu saja dilaporkan. Kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima mendapat faedah daripada kesalahan jenayah ini. Kedua-dua pihak bersetuju dan berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan bersama.
Balasan Allah SWT kepada mereka yang menerima dan makan rasuah terlalu berat. Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi, kehilangan harta benda dan harta penerimaan hasil dari rasuah itu dihabiskan oleh anak dalam sekelip mata. Ada kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga Hari Akhirat kelak, tunggulah!

Kecenderungan rasuah berpunca daripada ceteknya pengetahuan agama, kurangnya
iman dan takwa, naluri tamak, desakan kebendaan dan untuk memuaskan nafsu
semata-mata. Ibnu Khaldun dalam karya agungnya bertajuk Muqaddimah mengaitkan
rasuah dengan persoalan moral dan keinginan untuk mengecap kemewahan hidup
berlebihan mendorong mereka yang mempunyai kuasa untuk terjebak dalam amalan
rasuah.
Antara kesan buruk gejala rasuah ia menimbulkan masalah seperti kemerosotan
ekonomi, ketidakadilan, pengabaian kepentingan masyarakat dan hukuman yang
menanti adalah berat dan akhirnya boleh meruntuhkan sesebuah negara.
Penulis ialah Pengarah Institut Jenayah & Kriminologi Universiti HELP
No comments:
Post a Comment