Belanjawan 2013
Bukti Komitmen PM Dekati Semua Golongan Rakyat
Sekali
lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus konsisten dengan
komitmennya untuk mendahulukan rakyat apabila Belanjawan 2013 yang dibentang di
Dewan Rakyat pada Jumaat mendekati hampir semua golongan rakyat.
Belanjawan
2013 yang bertemakan "Memakmur
Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati", merangkumi lima fokus
utama selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan" yang menjadi tonggak pentadbiran beliau. Lima fokus itu ialah
Merangsang Aktiviti Pelaburan, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudaya
Inovasi, Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal danMempercekap Penyampaian
Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat.
Kanak-kanak
berlainan keupayaan (OKU), petani, nelayan, pesara kerajaan, bekas tentera tanpa
pencen, pengusaha bas sekolah, pelajar dan pengguna feri diSarawak, Labuan dan
Sabah adalah antara kumpulan yang mendapat perhatian kerajaan.
Dengan
pengukuhan ekonomi negara berikutan hasil kerajaan bagi tahun depan dianggarkan
RM208.6 bilion, kerajaan akan terus mengurangkan defisit kepada empat peratus. Seperti
diharapkan, Belanjawan 2013 yang dibentangkan selama dua jam 15 minit memberi peruntukan besar kepada pendidikan iaitu
sejumlah RM38.7 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
Belanjawan
2013 berjumlah RM251.6 bilion berbanding RM232.8 bilion diperuntukkan dalam
Belanjawan 2012. Najib juga memperkenalkan beberapa insentif baharu dalam
Belanjawan tersebut, antaranya melaksanakan projek perintis taska kanak-kanak OKU, Skim Perlindungan Takaful Padi
kepada pengusaha sawah, perluasan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan bependapatan RM2,000
sebulan.
Kumpulan
belia yang berumur 21 hingga 30 tahun turut menikmati rebat "one-off" RM200 bagi
pembelian telefon mudah alih pintar 3G, pemberian bonus kepada penjawat awam
sebanyak satu setengah bulan gaji. Bagi meringankan kos rawatan rakyat,
kerajaan juga akan membuka tambahan 70 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara
pada tahun depan, manakala rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari
RM3,000 layak memohon untuk mendapatkan diskaun 50 peratus kadar tambang
perkhidmatan komuter KTMB.
Seiring
dengan falsafah kerajaan yang sedia mendengar masalah rakyat, kerajaan
memperuntukkan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit rumah dengan harga
berpatutan di kawasan-kawasan strategik seluruh negara. Selain mengumumkan
pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilo, Najib turut menyeru para
peniaga supaya tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan.
Dalam
pada itu, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa bajet kali ini merupakan
belanjawan terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13.
No comments:
Post a Comment