SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU MOHD KARIZAM DAN SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT HASIL DARIPADA BAHAN YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI.

Wednesday 31 July 2013

Khairy Mahu BAM
Cari Kaedah Pertingkat Prestasi Badminton Negara
 


Khairy Jamaluddin

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu kepimpinan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari formula berkesan bagi melahirkan lebih ramai pemain yang mampu "menggegar dunia". Beliau berkata kementeriannya sentiasa bersedia bekerjasama dengan badan induk sukan badminton tanah air itu bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai.
"Saya menunggu kepimpinan baharu BAM dan berharap untuk berjumpa mereka dalam terdekat bagi membincangkan soal ini. "Saya harap kepimpinan baharu ini dapat merangka program pembangunan yang dapat melahirkan lebih ramai pemain pelapis ketika kita mencari pengganti jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran program'Rehlah Al-Ramadan' anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) diSemerbok, dekat sini pada malam Isnin. Mengulas lanjut, Khairy berkata antara yang boleh diberi perhatian ialah program pembangunan di peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat baharu diserata ceruk negara ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu BAM yang diteraju bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Bhd Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, beliau berharap kepimpinan baharu itu dapat meningkatkan kembali prestasi badminton negara yang agak malap kebelakangan ini.

Pada menyuarat agung tahunan BAM Sabtu lepas, Tengku Mahaleel dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu BAM. Mesyuarat itu juga menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II untuk penggal 2013-2017.
 
Sumber : mStar Online

No comments: