SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU MOHD KARIZAM DAN SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT HASIL DARIPADA BAHAN YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI.

Monday, 21 July 2014

Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia

Foto Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia. - ABC News
Foto PEMISAH Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi. - Foto AFP
Foto
Foto WAKIL Malaysia (tengah) memeriksa keadaan kotak hitam pesawat MH17 selepas diserahkan wakil pemisah Ukraine dengan diketuai, Aleksander Borodai (tiga dari kiri) di Donetsk, pagi tadi. - Foto Reuters
Foto PIHAK media mengambil gambar kotak hitam pesawat MH17, sebelum diserahkan oleh anggota pemisah Ukraine kepada wakil Kerajaan Malaysia, hari ini. - 

Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi. Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine. Sementara itu, wartawan BH, Hardi Effendi Yaacob yang kini berada di Ukraine, melaporkan pemberontak Donetsk People's Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk kepada wakil Kerajaan Malaysia kira-kira.jam 1 pagi tadi (6 pagi waktu Malaysia). 

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit. Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun tidak.mengulas lanjut. Bagaimanapun, sumber memberitahu BH, kedua-dua kotak itu didapati berada dalam keadaan baik walaupun pada bahagian luarnya mengalami sedikit kerosakan.

"Tumpuan penyiasatan untuk meneliti maklumat MH17 dari mula berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam sehingga ke titik koordinat terakhirnya kehilangan komunikasi dengan menara kawalan (ATC) sebelum.dilaporkan ditemui terhempas dan terbakar. "Kita juga berharap ia mengandungi rakaman apa yang berlaku dalam kokpit sebelum kejadian," katanya.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, 31 July 2013

Khairy Mahu BAM
Cari Kaedah Pertingkat Prestasi Badminton Negara
 


Khairy Jamaluddin

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu kepimpinan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencari formula berkesan bagi melahirkan lebih ramai pemain yang mampu "menggegar dunia". Beliau berkata kementeriannya sentiasa bersedia bekerjasama dengan badan induk sukan badminton tanah air itu bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai.
"Saya menunggu kepimpinan baharu BAM dan berharap untuk berjumpa mereka dalam terdekat bagi membincangkan soal ini. "Saya harap kepimpinan baharu ini dapat merangka program pembangunan yang dapat melahirkan lebih ramai pemain pelapis ketika kita mencari pengganti jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran program'Rehlah Al-Ramadan' anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) diSemerbok, dekat sini pada malam Isnin. Mengulas lanjut, Khairy berkata antara yang boleh diberi perhatian ialah program pembangunan di peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat baharu diserata ceruk negara ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu BAM yang diteraju bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Bhd Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, beliau berharap kepimpinan baharu itu dapat meningkatkan kembali prestasi badminton negara yang agak malap kebelakangan ini.

Pada menyuarat agung tahunan BAM Sabtu lepas, Tengku Mahaleel dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu BAM. Mesyuarat itu juga menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II untuk penggal 2013-2017.
 
Sumber : mStar Online

SEKADAR PERKONGSIAN MAKLUMAT :
KENAPA SYAITAN JADIKAN BILIK AIR SEBAGAI RUMAH


Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi.

'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.

Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).

Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.

Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;

1. Berada lama di dalam bilik mandi.

2. Bernyanyi atau berkata-kata.

3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar muzik).

4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.

5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.

6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik     mandi.

7. Melakukan perkara tidak soapan.

8. Melakukan Wuduk sambil telanjang.

9. Menconteng dinding bilik mandi.

10. Merancang kejahatan.


Oleh itu berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik.

 
Sumber: Detik Isam.com Wallahu'alam bissawab والله

 
LEBIH 2 JUTA SAMPAH DISIMPAN DI RUMAH

KUALA LUMPUR - Jumlah bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah di seluruh negara berjumlah 2.1 juta kilogram. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, secara purata setiap rakyat Malaysia menyimpan bahan kitar semula sebanyak 0.07 kilogram, sehari. Beliau berkata, sekiranya kitar semula dilakukan, setiap keluarga akan menghasilkan sejumlah 21.69 juta kilogram atau 0.76 kilogram setiap orang, sehari.

"Contoh Bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah ialah mesin basuh yang dibeli oleh suami pada waktu perkahwinan pertama. Walaupun mesin basuh baru dibeli, mesin basuh lama walaupun rosak, disimpan di belakang rumah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rohani Abdullah pada sesi persidangan Dewan Negara hari ini.

Rohani ingin tahu keberkesanan projek 'entry point' untuk meningkatkan program kitar semula atau 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dan meningkatkan kadar kitar semula kepada 40 peratus, iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus setahun.

Halimah berkata, kajian Komposisi Sisa Pepejal oleh kementerian pada 2012, menunjukkan bahawa kadar kitar semula dalam kalangan isi rumah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2005, kepada 9.7 peratus pada tahun 2011.

Katanya kementerian yakin bahawa sasaran kadar kitar semula 22 peratus menjelang tahun 2020 boleh dicapai.

"Keadaan ini menuntut komitmen berterusan daripada semua pihak dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal atau sampah sarap domestik yang efektif," katanya.
Beliau berkata, kementerian mendapati 95 hingga 97 peratus yang dikutip di Semenanjung Malaysia dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal. Hanya baki tiga hingga lima peratus sisa pepejal diproses oleh kilang-kilang kitar semula.

Katanya sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan terdiri daripada sisa makanan dan organik lain (47 peratus), kertas (15 peratus), plastik (14 peratus), logam (4 peratus), kaca (3 peratus), dan bahan-bahan lain termasuk tekstil, kayu dan getah.

"Industri kitar semula merupakan industri yang berkembang pesat dengan menggunakan pendekatan 'Waste to Wealth' dengan nilai RM476 juta pada 2005, dan melebihi RM600 juta pada tahun 2011," katanya.- Bernama

Sumber : Sinar Harian 31 Julai 2013